Saturday, October 8, 2011

Jom Kenali Alat Muzik Tradisional

gendang

Gendang pula terbahagi kepada dua iaitu gendang ibu dan gendang penganak.Gendang dihasilkan dengan sebatang kayu yang ditebuk.kayu yang lazimnya digunakan untuk membuat gendang ialah kayu nangka. Setiap gendang mempunyai dua muka yang diperbuat daripada kulit kambing dan kulit lembu yang diikat pada gendang tersebut menggunakan rotan atau tali.Gendang boleh dimainkan bersama serunai,gong dan alat-alat muzik yang lain kerana bunyi gendng boleh dimanipulasi mengikut keaadaan. Gendang penting untuk meminkan muzik wayang kulit,Gendang keling,muzik silat dan muzik-muzik tradisional yang lain.


seruling

Seruling merupakan sejenis alat muzik yang ditiup. Ia diperbuat daripada buluh satu ketika dahulu. Namun kini seruling moden ada yang diperbuat daripada logam aluminium dan plastik. Cara memainkannya adalah dengan meniup. Akan tetapi cara meniup seruling hendaklah betul bagi mengeluarkan bunyi yang baik.



gedombak

Gedombak adalah gendang dua muka iaitu 'compound hole' tetapi pada sebelah permukaan besar sahaja telah diregangkan dengan kulit dan pada permukaan satu lagi dibiarkan terbuka. Ia berbentuk seperti piala iaitu 'goblet-shaped'. Baluhnya diperbuat daripada kayu jenis keras, lazimnya daripada kayu nangka ataupun angsana. Pada permukaannya diregang ataupun dirambing dengan belulang daripada kulit kambing sebagai bahan bunyi dengan menggunakan kaedah siratan tali rotan yang halus.



gong

Gong ialah salah satu alat muzik yang digunakan muzik tradisional melayu. Gong diperbuat daripada logam . Antara logam yang selalu digunakan ialah tembaga dan besi. Ia dimainkan dengan cara mengetuk secara berselang seli dan lazimnya dimainkan bersama bonang,gendang dan serunai. Ia diaminkan dalam muzik gendang silat,gendang keling dan gamelan.



angklung

Batang-batang buluh yang tidak sama ukuran, setiap satu mempunyai pic tertentu. Batang-batang buluh ini terbuka pada satu hujung dan tertutup dengan bukunya pada satu hujong lain. 2 - 3 batang dipasang pada satu bingkai khas yang membolehkannya bergerak bila bingkai ini digoncang. Digunakan untuk muzik berkumpulan untuk mengiringi tarian seperti kuda kepang di Johor. Bingkai dipegang dengan kedua-dua belah tangan dan digoncang untuk mengeluarkan bunyi.

serunai

Serunai merupakan salah satu alat muzik yang dimainkan secara tiupan. Terdapat pelbagai jenis serunai dan bentuk serunai. Serunai yang paling terkenal dalam seni muzik di Malaysia ialah serunai Kedah dan serunai Kelantan.Serunai dihasilkan dengan menggunakan pelbagai jenis kayu yang mudah ditebuk. Kayu daripada pokok cili merupakan antara kayu yang popular bagi menghasilkan alat muzik ini. Serunai mempunyai lapan lubang di bahagian atas dan satu lubang di bahagian bawah. Serunai dimainkan dalam muzik gendang keling,gendang silat.wayang kulit dan sebagainya.

sape

Sape adalah sejenis alat muzik tradisional masyarakat orang ulu atau penduduk ulu di sungai di Serawak.Sape berasal dari kaum Nayan.Sape juga merupakan satu alat muzik petik yang mempunyai bunyi yang unik.Ia berbentuk lebar, mempunyai tali, bertangkai kecil dan lebar lebih kurang 1 meter. Sape diperbuat dari batang kayu yang ditebuk dan mempunyai ukiran corak warna yang unik.Alat muzik ini dulunya dimainkan seorang diri sebagai hiburan.


kompang

Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular dalam masyarakat Melayu.Ia tergolong dalam alat muzik gendang.Kulit kompang biasanya dibuat daripada kulit kambing.Cara memalu kompang ialah dengan menepuk kulit kompang dengan jari-jari atau tapak tangan mengikut rentak.


geduk

Geduk merupakan sejenis alat muzik dalam keluarga gendang yang mempunyai dua muka.Pada kebiasaannya bingkainya dibuat dari kayu nangka.Ia biasanya dimaihkan dalam permainan wayang kulit atau menora dan dimainkan secara berpasangan geduk ibu dan geduk anak.Sepasang pemalu kayu digunakan untuk memainkannya.


gambus

Gambus adalah alat muzik petik seperti mandoloin yang berasal dari Timur Tengah iaitu dari Turki dan Mesir.Di datang ke Tanah Melayu sekitar tahun 1800 dan paling popular di Negeri Johor.Gambus dimainkan diiringi gendang.


rebana ubi


Rebana ubi ialah sejenis alat muzik yang dikelaskan sebagai gendang, dimain dengan cara dipukul dengan pemalu.Rebana ubi lebih besar dari rebana biasa.Diameter rebana ubi adalah sekurang-kurangnya 70 cm dan tingginya 1 meter.Bergantung kepada saiznya rebana ubi boleh digantung melintangg atau diletakkan di atas lantai.

Friday, October 7, 2011

Konvokesyen Prasekolah peringkat Zon (Larut Matang & Selama)

Konvokesyen prasekolah peringkat Zon Larut Matang dan Selama telah diadakan pada 6 Oktober 2011.Seramai 300 orang murid terpilih dalam majlis yang penuh gilang gemilang. Prasekolah SK. long Jaafar dan Prasekolah SK. Kamunting telah terpilih untuk mewakili zon Kamunting dengan seramai 25 orang dari Prasekolah SK. long Jaafar dan 25 orang murid dari Prasekolah SK. Kamunting. Terima kasih di atas kerjasama ibu bapa dalam melancarkan majlis ini. Juga terima kasih kepada guru-guru dan PPM kerana menjadikan majlis ini berjalan lancar.Semoga tahun depan kita akan turut terpilih lagi untuk majlis yang penuh gemilang ini.



























Monday, October 3, 2011

The ants go marching ..........


Add ImageSong lyrics & words

The ants go marching one by one.
Hoorah! Hoorah!
The ants go marching one by one.
Hoorah! Hoorah!
The ants go marching one by one;
The little one stops to suck his thumb,
And they all go marching down into the ground
To get out of the rain.
Boom, boom, boom, boom!

The ants go marching two by two.
Hoorah! Hoorah!
The ants go marching two by two.
Hoorah! Hoorah!
The ants go marching two by two;
The little one stops to tie his shoe,
And they all go marching down into the ground
To get out of the rain.
Boom, boom, boom, boom!

The ants go marching three by three.
Hoorah! Hoorah!
The ants go marching three by three.
Hoorah! Hoorah!
The ants go marching three by three;
The little one stops to climb a tree,
And they all go marching down into the ground
To get out of the rain.
Boom, boom, boom, boom!

The ants go marching four by four.
Hoorah! Hoorah!
The ants go marching four by four.
Hoorah! Hoorah!
The ants go marching four by four;
The little one stops to shut the door,
And they all go marching down into the ground
To get out of the rain.
Boom, boom, boom, boom!

The ants go marching five by five.
Hoorah! Hoorah!
The ants go marching five by five.
Hoorah! Hoorah!
The ants go marching five by five;
The little one stops to take a dive,
And they all go marching down into the ground
To get out of the rain.
Boom, boom, boom, boom!

The ants go marching six by six.
Hoorah! Hoorah!
The ants go marching six by six.
Hoorah! Hoorah!
The ants go marching six by six;
The little one stops to pick up sticks,
And they all go marching down into the ground
To get out of the rain.
Boom, boom, boom, boom!

The ants go marching seven by seven.
Hoorah! Hoorah!
The ants go marching seven by seven.
Hoorah! Hoorah!
The ants go marching seven by seven;
The little one stops to pray to heaven,
And they all go marching down into the ground
To get out of the rain.
Boom, boom, boom, boom!

The ants go marching eight by eight.
Hoorah! Hoorah!
The ants go marching eight by eight.
Hoorah! Hoorah!
The ants go marching eight by eight;
The little one stops to rollerskate,
And they all go marching down into the ground
To get out of the rain.
Boom, boom, boom, boom!

The ants go marching nine by nine.
Hoorah! Hoorah!
The ants go marching nine by nine.
Hoorah! Hoorah!
The ants go marching nine by nine;
The little one stops to check the time,
And they all go marching down into the ground
To get out of the rain.
Boom, boom, boom, boom!

The ants go marching ten by ten.
Hoorah! Hoorah!
The ants go marching ten by ten.
Hoorah! Hoorah!
The ants go marching ten by ten;
The little one stops to shout
"THE END!!"